Skip to main content

Punca Tangan Berpeluh/Hyperhidrosis Cara Atasinya Dengan Berkesan


Pegang kertas, kertas jadi basah habis lenjun. Nak bersalam dengan orang kena pastikan tangan kering agar orang lain tidak merasa geli dan tidak selesa dengan kita bila bersalam. Pasti ada di antara kita mengalami masalah ini. Ia dipanggil tangan berpeluh atau Hyperhidrosis.


Keadaan ini disebabkan seseorang mengalami masalah pengeluaran peluh yang berlebihan berbanding individu normal yang lain. Biasanya ia terjadi sewaktu usia kanak-kanak atau remaja. Ada yang hilang apabila meningkat dewasa dan ada juga yang akan mengalaminya hingga ke tua.

Walaupun tangan berpeluh (Hyperhidrosis) tidak mendatangkan maut tetapi ia tetap menjejaskan kualiti hidup dan hilang keyakinan individu terbabit bila mana tangan perlu selalu dilap, sukar untuk bersosial bimbang meninggalkan bau busuk dan berpeluh, sukar untuk memegang, menulis dan sebagainya.


Punca Terjadinya Tangan Berpeluh (Hyperhidrosis)


Biasanya individu yang mengalami penyakit tangan berpeluh atau hyperhidrosis ini akan bepeluh di bahagian tapak tangan dan kaki, juga ketiak. Malah ada yang berpeluh dibahagian muka dan badan. Ini disebabkan sistem saraf yang mengawal aktiviti kelenjar peluh iaitu simpatetik menjadi terlalu aktif.

Selain daripada itu antara yang menjadi punca adalah disebabkan :

  • Faktor genetik atau keturunan
  • Tekanan fizikal
  • Tekanan emosi
  • Menopause
  • Kanser
  • Lemah jantung
  • Masalah kerisauan (Anxiety)
  • Pengambilan sesetengah ubat-ubatan
  • Penyakit metaboli seperti hipertiroid dan gout
  • Pengambilan alkohol yang kronik
  • Persekitaran yang panas /  Kepanasan(haba)

Individu yang mengalami tangan berpeluh atau hyperhidrosis akan menjadi lebih teruk jika mereka berasa gementar, takut, stress, panik atau teruja.


Tips Mengurangkan Masalah Tangan Berpeluh (Hyperhidrosis)


  • Kerap mencuci tangan - Basuh dengan air tanpa menggunakan sabun dan lap dengan tuala yang bersih.
  • Menggunakan handsanitiser
  • Menggunakan tisu lembap
  • Banyakkan minum air masak
  • Kerap mandi
  • Elakkan makanan dan minuman yang boleh menyebabkan anda berpeluh
  • Elakkan pemakaian kasut tertutup
  • Jika semakin teruk, adalah lebih baik dapatkan rawatan doktor untuk didiagnos tahap kritikal masalah tangan berpeluh (hyperhidrosis)


Rawatan Tangan Berpeluh (Hyperhidrosis)


Rawatan yang akan dilakukan setelah didiagnosis dan berapa kritikal masalah tangan berpeluh (Hyperhidrosis) yang dialami oleh individu terbabit.

Ubat Sapuan - digunakan pada bahagian yang bermasalah sebelum tidur dan dicuci bersih apabila bangun keesokannya untuk mengurangkan masalah iritasi. Hanya berkesan terhadap sesetengah individu sahaja.

Suntikan Botox - bertujuan untuk menyekat kelenjar peluh sementara waktu, rawatan yang agak mahal tetapi berkesan selama 3 - 5 bulan sahaja. Kesan sampingan pula kelemahan otot sementara.

Pembedahan - Rawatan terakhir jika kaedah-kaedah lain gagal mengurangkan masalah tangan berpeluh. Pembedahan pembuangan saraf simpatetik yang terlibat yang dinamakan ETS (Endoscopic Thoracic Sympathectomy) akan dilakukan.


Sebagai alternatif, anda boleh mengamalkan suplemen semulajadi yang boleh membantu masalah tangan berpeluh (hyperhidrosis). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh teruskan pembacaannya di Suplemen Mengatasi Masalah Tangan Berpeluh Secara Semulajadi.

Atau anda juga boleh menghubungi saya terus di talian >>> +6012-392 3099 <<< untuk konsultasi dan rekomendasi yang sesuai mengenai masalah anda.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh whatsapp saya disini

http://www.wasap.my/60123923099



SYAHIDA NOOR
0123923099
Health and Wellness Consultant

Comments

Popular posts from this blog

Cara Menghilangkan Kedutan Di Muka Dengan Cepat Dan Berkesan

Kenali Simptom PCOS Dan Atasi Dengan Cara Semulajadi

Rahsia Kulit 'Flawless' dan 'Glowing' Secara Semulajadi