Skip to main content

Masalah PCOS Berjaya Hamil Dengan Suplemen Semulajadi

 Assalamu'alaikum...hai

Kehadiran cahayamata adalah perkara yang sangat dinantikan terutamanya bagi pasangan yang baru berkahwin. Bagi yang sudah lama berkahwin ianya tetap saat yang mengujakan.

Tetapi bila disahkan mengalami masalah kesuburan seperti PCOS, kebarangkalian untuk mendapat zuriat amatlah sukar. Apa yang perlu dilakukan adalah mendapatkan nasihat mereka yang lebih arif, berfikiran positif dan cuba berikhtiar sebaik mungkin.

Ikuti kisah Puan Nur Atiqah Zaaba, yang mengalami PCOS disebabkan berat badan berlebihan hingga mengganggu hormon dalam badan, yang akhirnya berjaya hamil ikhtiar dengan suplemen semulajadi Shaklee.

BERJAYA HAMIL DAN TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE - NUR ATIQAH ZAABA



 

Kisah saya dengan shaklee bermula dari tahun 2013 lagi.. Tapi set yang sangat terkesan pada saya ialah set ikhtiar hamil yang saya ambil selepas saya bernikah.

Kisahnya bermula bila lebih dari 48 hari selepas nikah saya tak period. Mulanya dah gembira kononnya hamil. Tapi bila buat ujian kehamilan keputusannya negatif..Lebih dari 10 ujian saya cuba. Dari harga yang murah hinggalah mahal. Pertama kali membuatkannya lebih teruja.

Selepas mendapat pandangan dari rakan sekerja, mereka cadangkan saya cuba buat pemeriksaan doktor pakar sakit puan. Beberapa ujian di jalankan antaranya ujian ultrasound dan ujian darah.

Hasil daripada kedua-duanya mengesahkan saya mengalami Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) dimana punca utama daripada berat badan yang meningkat secara tiba-tiba yang mengganggu hormon di dalam badan.

Lebih hormon luteinising (LH) dihasilkan berbanding hormon perangsang folikel (FSH), yang menyebabkan folikel-folikel pada ovari menghasilkan lebih banyak hormon testosteron (hormon lelaki) berbanding hormon wanita iaitu estrogen.

Kelenjar adrenal juga mula meningkatkan penghasilkan testosteron.Terlalu banyak testosteron menghalang ovulasi, di samping simptom-simptom lain yang berkaitan dengan sindrom ini.

Estrogen masih lagi dihasilkan, tetapi oleh kerana folikel-folikel yang dihasilkan tidak mencapai tahap kematangan yang mencukupi sewaktu progesteron mula meningkat, ia menyebabkan wanita yang mengalami PCOS akan mendapati mereka kekurangan hormon progesteron. Sekaligus sukar untuk hamil.

Doktor menyarankan saya untuk mengambil ubat bagi membetulkan semula hormon dalam badan. Tapi salah satu akibatnya adalah period takkan datang selagi ubat tersebut di ambil. Selain itu doktor juga menyarankan saya mula menjaga makan juga bersenam secara berkala.

Disebabkan ubat hormon itu akan memberi kesan sampingan lain, saya cuba berikhtiar dengan set kesuburan shaklee. Alhamdulillah berkat usaha, menjaga makan kebetulan bulan puasa masa itu saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg.

Usaha yang tidak putus asa disamping berdoa semoga dipermudahkan semuanya. Akhirnya 2 minggu selepas raya result ujian kehamilan saya positif! Kalau ikutkan masih belum habis lagi set kesuburan yang saya ambil tu, jadi saya sambung makan pula disepanjang tempoh kehamilan.

Suplemen Semulajadi Yang Membantu Masalah PCOS


Vita E Complex
Vitamin cinta, membantu tingkatkan reproduksi dan kesuburan lelaki juga wanita.

GLA Complex
Membantu menghasilkan cecair servik yang subur, bantu stabilkan hormon.

Vitalea
Membekalkan semua nutrien yang diperlukan tubuh.

Alfalfa Complex
Membantu masalah keputihan, sebagai kacip fatimah moden.

B Complex
Mengandungi asid folik bagi mengelakkan risiko bayi alami spina bifida.

Vita C Plus
Membantu proses sintesis hormon kritikal (seks dan kesuburan).

CoQ-Trol Plus
Membantu beri tenaga kepada sel ovum dan sperma.
Soy Protein Isolate Powder
Membantu pembinaan dan pemulihan sel

Vivix
Membantu melindungi dan memperbaiki sel hingga ke peringkat DNA, bantu kawal berat badan, bantu kawal selia genetik.


Simptom PCOS Dan Atasi Secara Semulajadi , klik untuk baca


Ikhtiar masalah PCOS dengan suplemen semulajadi, selamat dan berkesan. InsyaAllah mudah-mudahan dipermudahkan setiap usaha yang dilakukan.


Untuk suplemen semulajadi shaklee boleh dapatkan di sini secara online
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7e89af79d71acf47fcffdd896a1b5d8b
http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1234730


Setiap pembelian disertakan konsultasi dan cara pengambilan yang betul.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

http://www.wasap.my/60123923099
WhatsApp / SMS : +60123923099
Email : mynotavita@gmail.com

Follow saya di :

Facebook : Syahida Noor

Fanpage : NotaVitamin

Instagram : @iedanoor_mynotavita
@notavitamin

Twitter : @eidanoor

Youtube : mynotavita channel



Happy Sharing Happy Reading




http://www.mynotavita.com/p/blog-page_25.html



Comments

Popular posts from this blog

Cara Menghilangkan Kedutan Di Muka Dengan Cepat Dan Berkesan

Kenali Simptom PCOS Dan Atasi Dengan Cara Semulajadi

Rahsia Kulit 'Flawless' dan 'Glowing' Secara Semulajadi