Skip to main content

Faktor Utama Kenapa Kita Perlukan Suplemen Dalam Kehidupan Harian

Assalamu'alaikum...hai

"Saya sihat. Kenapa pelu makan suplemen lagi?"
"Saya bersenam setiap hari, makan makanan seimbang, perlu ke ambil suplemen?"
 

Ini antara soalan yang selalu ditanya apabila disarankan tentang pengambian suplemen tambahan. Ada ang mengatakan kita terutamanya rakyat Malaysia ini tidak perlu ambil suplemen disebabkan sudah terlebih sihat, terlebih makan. Tetapi yang sihat dan terlebih makan itu adakah cukup nutrisi yang diperlukan atau hanya mengenyangkan perut sahaja?

Adakah anda makan sekurang-kurangnya sebiji buah setiap hari tanpa gagal? Jika ini gagal, apatah lagi untuk mencukupkan segala nutrisi mengikut piramid makanan yang disarankan.

Ada segelintir dari kita masih keliru tentang suplemen. Apa yang kita kena perlu tahu dan faham suplemen BUKANLAH ubat tetapi makanan tambahan yang mana tujuannya untuk mengisi kekurangan atau lompong-lompong nutrisi yang tidak mencukupi atau tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.

Jom tengok apa faktor yang membuatkan kita memerlukan suplemen tambahan.

Faktor Utama Kita Perlukan Suplemen Tambahan


1) Kehilangan Zat Sewaktu Proses Penyediaan Makanan
Proses memotong, menghiris, mencincang bahan makanan boleh menyebabkan berlakunya kehilangan zat pada makanan tersebut.
Penggunaan suhu yang tinggi atau terlalu panas seperti menggoreng atau deep frying boleh merosakkan zat pada makanan yang disediakan.
Kaedah ini juga boleh menghasilkan lemak trans (trans fat) yang tidak sihat kepada tubuh iaitu menjadi penyebab kepada pengumpulan kolestrol.

2) Pola Pemakanan
Pola makanan yang baik adalah pola makanan sihat dan seimbang. Tetapi penelitian mendapati, ramai orang tidak mendapat vitamin dan mineral yang cukup dalam makanan seharian.
Disebabkan itulah kita perlukan suplemen bagi membantu mencapai kesihatan optima dan mengurangkan risiko kesihatan.

3) Gaya Hidup
Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman beralkohol, kurang melakukan aktiviti fizikal atau berolahraga meningkatkan keperluan tubuh untuk zat gizi (vitamin/mineral) tertentu.
Pengambilan suplemen dapat menampung kekurangan zat di dalam tubuh dengan syarat kita turut mengambil makanan yang sihat dan seimbang, melakukan aktiviti fizikal.

Antara gaya hidup yang tidak sihat
  • Tidur lewat
  • Makan berlebihan
  • Tidak bersenam dan beraktiviti aktif
  • Stress yang melampau


4) Pencemaran Berlaku Di Mana Sahaja
Kita sering terdedah dengan perbagai pencemaran dari makanan minuman dan juga alam sekitar seperti pencemaran udara, air dan sebagainya. Pencemaran ini boleh merosakkan sel di dalam tubuh.
Dengan itu suplemen diperlukan bagi mambantu membaiki sel yang rosak serta menghasilkan sel baru yang sihat. Ini disebabkan tubuh kita tidak mampu menampung kerosakan sel yang berlaku secara berterusan.
Sebagai contoh : ayam dulu nak besar dan gemuk ambil masa yang lama. Ayam sekarang nak makan pun takut sebab cucuk hormon untuk bagi cepat besar. Maka tak pasal-pasal hormon yang sama masuk dalam badan kita juga.

5) Memenuhi Keperluan Badan
Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Ada kalanya makanan yang kita makan tidak dapat membekalkan zat yang cukup mengikut keperluan tubuh.

Keperluan nutrisi bagi golongan-golongan berikut akan semakin bertambah mengikut keperluan.
  • Ibu mengandung
  • Ibu menyusu
  • Wanita yg sedang berusaha untuk hamil

6) Vitamin Penting Tidak Dapat Dihasilkan Sendiri Oleh Badan Kita.
Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 13 jenis vitamin untuk pertumbuhan yang optimum. Di antaranya ialah Vitamin A, C, D, E, K dan B (Tiamin, Riboflavin, Niasin, Asid Pantotenat, Biotin, Vitamin B6, Vitamin B12 dan Asid Folik)

Walaupun mempunyai peranan yang sangat penting, badan hanya dapat menghasilkan Vitamin D dan K dalam bentuk provitamin yang tidak aktif.

Sumber pelbagai vitamin diperolehi daripada makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen.

7) Gangguan Penyerapan Nutrisi Daripada Makanan
Ada masanya pengambilan kafein, gula dan garam yang berlebihan akan menyebabkan gangguan kepada penyerapan nutrien dari makanan oleh tubuh badan kita


Itu adalah antara faktor utama kenapa kita memerlukan supplement atau pemakanan tambahan dalam kehidupan harian kita

Penyakit pada hari ini seperti penyakit cardiovascular, kanser dan diabetes merupakan penyakit biasa di Malaysia dan dikenali sebagai "penyakit gaya hidup". Manakala stress dan pencemaran juga menganggu penyerapan nutrien

Jika anda seorang perokok pula, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ termusnah dari badan akibat merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.

Disebabkan kita sudah tahu semua faktor pengambilan suplemen dan kesan kekurangan nutrisi. Maka, sebab itulah kita perlu lakukan 3 perkara ini :

1) Makan dengan sihat
2) Bersenam dan mencapai berat badan yang sihat dan ideal
3) Pengambilan suplemen secara bijak


Setiap satu faktor tidak dapat mengganti satu faktor yg lain. Ia adalah kombinasi. Contohnya pemikiran bahawa kita dah makan supplement jadi boleh makan fast food, kita tidak boleh berfikir begitu. Ia perlulah seimbang.

Bagi memilih supplement pula adalah disarankan mengambil suplemen yang semulajadi dan tiada kesan sampingan negatif. Dengan memilih Shaklee kerana ada kajian membuktikan pengambilan supplement Shaklee tidak memberi kesan kepada buah pinggang atau side effect walaupun diamalkan lebih dari 20 tahun.

Sebagai permulaan anda boleh mengamalkan Set Daily Essential Shaklee ini yang mana ia membantu memenuhi keperluan nutrisi seharian anda.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=607f0983eb80ec6f1a5727c2e59c4913



Boleh dapatkan Set Permulaan anda di sini
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=607f0983eb80ec6f1a5727c2e59c4913
http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1234730

Setiap pembelian disertakan dengan konsultasi dan cara pengambilan yang betul.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

http://www.wasap.my/60123923099
WhatsApp ? SMS : +6012-392 3099
Email : mynotavita@gmail.com

Follow saya di :

Facebook : Syahida Noor

Fanpage : Nota Vitamin

Instagram : @iedanoor_mynotavita
@notavitamin

 Twitter : @eidanoor

Youtube : mynotavita channel



Happy Sharing Happy Reading


http://www.mynotavita.com/p/blog-page_25.html


Comments

  1. Zaman skrg makan suplemen jadi satu keperluan untuk hidup lebih sihat. Sbbnya banyak sgt risiko yg menyumbang utk kita jatuh sakit. Antara sbb makan suplemen adalah utk menaikkan imun badan. Bagus perkongsian ni. Byk info

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..keadaan sekarang membuatkan suplemen bukan lagi satu pilihan

      Delete
  2. Zaman sekarang ni memang kena makan suplemen. Bila dah ambik dan rasa perbezaan, takkan pernah berhenti untuk ambil lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Menghilangkan Kedutan Di Muka Dengan Cepat Dan Berkesan

Kenali Simptom PCOS Dan Atasi Dengan Cara Semulajadi

Rahsia Kulit 'Flawless' dan 'Glowing' Secara Semulajadi