Skip to main content

Kenali Tanda Tanda Radang Usus Dan Atasinya Secara Semulajadi

Assalamu'alaikum...hai


Penyakit radang usus yang juga dikenali sebagai Ulcerative Colitis merupakan penyakit yang termasuk dalam kumpulan penyakit auto-immune. Penyakit keradangan usus (IBD) ini mengakibatkan keradangan yang berpanjangan dan luka di dalam saluran pencernaan. 


Dikatakan punca penyakit ini adalah daripada kerosakan sistem imun pesakit (auto-immune).
Apabila sistem imun cuba untuk melawan virus atau bakteria yang menyerang, ia tidak dapat berfungsi secara normal menyebabkan sistem imun tersebut menyerang sel-sel yang juga terdapat di dalam saluran pencernaan. Sistem imun bercelaru dan menyerang imun sistem itu sendiri.


Tanda-Tanda Penyakit Radang Usus


Tanda-tanda radang usus (ulcerative colitis) adalah berbeza dan bergantung terhadap sejauh mana tahap dan kawasan radang usus tersebut berlaku. Antara tanda-tandanya adalah :

  • Cirit-birit biasanya disertai dengan darah atau nanah.
  • Sakit perut dan kekejangan.
  • Sakit dan pendarahan bahagian rektum
  • Mengalami kesukaran untuk membuang air besar.
  • Penurunan berat badan menyusut (walaupun tidak berdiet).
  • Keletihan.
  • Demam.

Sebaiknya jika ada tanda-tanda tersebut adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor dahulu.



Komplikasi lain radang usus (ulcerative colitis) termasuklah :

  • Perdarahan yang teruk.
  • Usus berlubang
  • Dehidrasi yang teruk
  • Penyakit hati (jarang berlaku)
  • Tulang rapuh (osteoporosis)
  • Radang kulit, sendi dan mata, dan luka dalam lapisan mulut anda
  • Peningkatan risiko kanser kolon
  • Kolon membengkak (megacolon toksik)
  • Risiko darah dalam urat dan arteri membeku.

Jika dibiarkan boleh menyebabkan komplikasi penyakit radang usus di mana boleh menyebabkan pesakit menjadi lemah hingga boleh mengancam nyawa


Rawatan Yang Akan Disarankan


Kebiasaannya, doktor akan mencadangkan beberapa jenis ubat-ubatan bagi mengawal keradangan usus seperti :
  • Ubat sulfa
  • Kortikosteroid
  • Imunosupresif
  • Antibiotik. 

Asid 5-aminosalicylic (5-ASA) (balsalazide, mesalamine dan sulfasalazine) merupakan ubat utama yang digunakan untuk merawat radang usus ini.

Ubat-ubat ini bertindak untuk mengurangkan keradangan pada usus. Sebagai contoh, jika ubat aminosalicylic tidak berkesan, kortikosteroid seperti prednisolone akan digunakan.
Tetapi, ubat ini tidak digalakkan diambil untuk tempoh masa yang lama kerana akan mempunyai kesan sampingan dan komplikasi jangka panjang seperti osteoporosis dan katarak. 
Manakala kesan jangka pendek pengambilan ubat (kortikosteroid) ni pula adalah seperti:
  • Jerawat
  • Penambahan berat badan
  • Selera makan bertambah
  • Perubahan emosi
  • Insomnia. 

Sekiranya masih tidak membantu, doktor akan menetapkan jenis-jenis ubat-ubatan seperti :
  • 6-mercaptopurine (6-MP)
  • Azathioprine (imuran)
  • Cyclosporine
  • Tacrolimus (Prograf)

Ubat-ubat ini dikenali sebagai Immunosuppressants, membantu mengurangkan aktiviti sistem imun. Ia boleh menjadi sangat berkesan dalam merawat ulser kolitis, tetapi mengambil sedikit masa untuk menampakkan kesannya (biasanya antara 2 hingga 3 bulan).

Akan tetapi, kesan sampingannya boleh menyebabkan pesakit mudah terdedah kepada jangkitan penyakit, juga boleh menjejaskan pengeluaran sel-sel darah merah hingga menyebabkan anda berisiko mendapat anemia.

Jika masih tidak membantu, prosedur pembedahan perlu dilakukan.


Kaedah Alternatif Untuk Membantu Masalah Radang Usus



Supplemen yang boleh membantu mengurangkan gejala radang usus (ulcerative colitis) adalah Vivix, OmegaGuard dan Vitalea.

Vivix
Vivix merupakan supplemen yang tinggi antioksidan yang bertindak ke atas sel-sel manusia melalui 4 cara iaitu :

Cell Defence : mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.
Cell Energy : memberi tenaga kepada sel yang lemah.  
Cell Repair: memperbaiki sel yang telah rosak.
Cell Performance : meningkatkan prestasi sel.


OmegaGuard
Membantu mengurangkan keradangan


Vitalea
Membantu untuk dapatkan nutrisi yang mencukupi.
Membantu mengatasi masalah anemia.



Testimoni Pesakit Ulcerative Colitis Dengan VIVIX


Testimonial 1




Testimonial 2





 Jangan biarkan masalah radang usus semakin kronik,
dapatkan rawatan awal dan ikhtiar dengan suplemen semulajadi.



Buat pesanan anda di sini!!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5197f3cc7e23b3fda886cc55829347e1
http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1234730




Setiap pembelian disertakan konsultasi percuma dan eksklusif untuk anda.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. Saya sedia membantu anda



http://www.wasap.my/60123923099

SMS / WhatsApp : +60123923099

Email : mynotavita@gmail.com


Follow saya di :


Facebook : Syahida Noor

Fanpage : Nota Vitamin

Instagram : @iedanoor_mynotavita
@notavitamin

Twitter : @eidanoor


Happy Sharing Happy Reading




http://www.mynotavita.com/p/blog-page_25.html




Comments

  1. terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat nih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Kulit 'Flawless' dan 'Glowing' Secara Semulajadi

Cara Menghilangkan Kedutan Di Muka Dengan Cepat Dan Berkesan

Kenali Simptom PCOS Dan Atasi Dengan Cara Semulajadi