Skip to main content

Petua Atasi Bengkak Tonsil Secara Semulajadi Elak Dari Dibedah

Assalamu'alaikum...hai


Sakit tekak sering terjadi di kalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Tetapi jika sakit tekak yang dialami hingga sakit untuk menelan juga demam ia mungkin disebabkan oleh tonsil yang membengkak akibat jangkitan kuman.


Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut.


Tonsil merupakan salah satu daripada sistem pertahanan badan kita kerana ia berfungsi untuk menapis virus dan bakteria daripada masuk ke saluran pernafasan kita. Tonsil yang mengalami radang atau inflamasi dan membengkak adalah kerana gagal menjalankan fungsinya hingga tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria.


Jom Kenali Apa Itu Tonsil?


Tonsil merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Ia adalah sejenis tisu yang dipanggil limfoid. Terdiri daripada sejenis sel yang dipanggil limfosit dimana ia penting untuk melawan penyakit.

3 jenis tonsil


Adenoids – tonsil yang terletak di belakang hidung
Lingual tonsils – tonsil di belakang lidah
Palatine tonsils – tonsil di tekak




Sekiranya ada jangkitan, tisu limfoid yang merupakan sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik di seluruh tubuh dan kawasan usus boleh membengkak. Kelenjar limfatik di leher boleh membengkak sekiranya terdapat jangkitan di dalam mulut.

Pembengkakan ini adalah tindak balas terhadap jangkitan bagi melawan penyakit dengan penghasilan lebih banyak sel. Jika berlaku jangkitan, tonsil akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang dinamakan tonsilitis atau radang tonsil.


Penyebab dan Gejala Tonsil


Jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak boleh menyebabkan tonsilitis. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Manakala jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles juga boleh menyebabkan pembengkakan tonsil.


Gejala Radang Tonsil


1. Sakit tekak yang teruk

2. Tidak boleh atau sakit untuk menelan

3. Demam yang sangat tinggi

4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan

5. Suara parau atau hilang suara

6. Bengkak pada leher

7. Mulut berbau busuk

8. Berdengkur semasa tidur



Risiko Radang Tonsil


Radang tonsil boleh berlaku seawal usia 3 tahun. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya sukar untuk mendapat tonsil tetapi ianya tidak terkecuali.

Kebiasaanya adalah di dalam lingkungan umur 5-15 tahun.

Pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan akan menyebabkan berlakunya "Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur. Ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Jika terlalu kerap menghadapi masalah bengkak tonsil, itu menunjukkan badan kita mudah dijangkiti penyakit kerana imun badan yang rendah.


Rawatan Tonsil Dengan Bahan Dari Rumah


Tonsil juga boleh diberi rawatan dengan bahan-bahan semulajadi. Antaranya :

1. Madu

Selain kandungan gula semulajadi, madu juga mempunyai berbagai khasiat terapeutik seperti komponen antibakteria dan antiradang. Bahan-bahan aktif ini mampu melegakan kesakitan serta mengurangkan rasa bengkak. Ia juga membekalkan nutrisi lain seperti antioksida, zat besi dan mineral.

Cara penyediaannya ialah mencampurkan 4 sudu teh madu, satu suku sudu garam dan perahan sebiji limau kasturi. Kacaukan dan minum 2 ke 3 kali sehari untuk kesan lebih cepat.

2. Kunyit

Kunyit juga sering menjadi pilihan bagi rawatan alternatif dari rumah kerana kesan baiknya pada kesihatan seseorang termasuk rawatan tonsil yang bengkak.

Kandungan penyembuh yang ada pada kunyit mampu melawan pembiakan bakteria dan virus yang menyumbang kepada jangkitan. Bengkak juga menjadi susut dengan pengambilan kunyit kerana ia membantu menguatkan sistem imun tubuh.


3. Air Garam

Kebanyakkan doktor akan mengesyorkan penggunaan kumuran air garam bagi meningkatkan kesihatan oral secara menyeluruh termasuklah tekak. Ini disebabkan kebaikan garam yang berkesan dalam mengurangkan perit tonsil akibat kepedihan dan bengkak lebih-lebih lagi apabila hendak makan dan minum.
Caranya ialah dengan mencampurkan sesudu garam dalam secawan air suam. Kumur tiga kali sehari bagi mendapat kesan yang optimum.


Suplemen Yang Boleh Membantu Masalah Tonsil


Pada zaman sekarang kebanyakkannya inginkan masalah tonsil diberi rawatan segera, mudah dan cepat. Kombinasi nutrisi dari Shaklee yang boleh membantu masalah tonsil adalah :



Vivix

Membantu pelihara kesihatan secara menyeluruh
Membantu memperbaiki hingga ke sel DNA
Membantu tingkatkan imun tubuh.




Nutriferon

Meningkatkan sistem imun dalam masa 3 hari.
Merangsang dan tingkatkan secara keseluruhan sistem tubuh.
Melindungi secara berkesan daripada virus termasuk selsema, flu, alergi dan influenza.
Meringankan stress dan kelesuan.
Meringankan kemudaratan yang disebabkan keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup sibuk.
Antibiotik semulajadi.




Sustained Release Vita C Plus

Sebagai barisan pertahanan hadapan sel tubuh untuk memerangi radikal bebas yang menyerang sel-sel dalam badan.
Membantu meredakan selsema dan demam.
Sebagai antioksidan.
Membantu mengekalkan kesihatan tubuh dengan menjadi agen- anti mutan, anti karsinogen, dan anti penuaan.




Garlic

Antibiotik semulajadi yang sangat bagus.
Bertindak menghalang jangkitan bintik-bintik putih ataupun kuman.
Untuk bengkak tonsil, bergantung sepenuhnya kepada imun badan untuk mengecut dan kembali ke asal.




OmegaGuard

Sumber omega 3 terbaik dunia.
Membantu memperbaiki alahan kulit seperti ekzema, alergi, memperbaiki tisu paru paru sangat sesuai utk pesakit lelah, bronkitis peparu berair, batuk batuk dan anti bengkak serta anti radang.


Kesemua hasil hasil di atas berdasarkan pengamatan, penelitian dan pengalaman pengguna.






Testimoni Tonsil Dengan Shaklee








Jangan biarkan radang tonsil semakin membengkak hingga terpaksa dibedah. Ikhtiar dengan suplemen shaklee.



Buat pesanan anda di sini


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7276e99033c1f366e2e77c354d2c6efb
http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1234730


Setiap pembelian akan disertakan konsultasi berterusan dan percuma KHAS untuk pelanggan saya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Saya sedia membantu anda.



http://www.wasap.my/60123923099
https://www.facebook.com/iedanoor
https://www.facebook.com/notavitamin



Happy Sharing Happy Reading




http://mynotavita.blogspot.my/p/blog-page_25.html

Comments

Popular posts from this blog

Cara Menghilangkan Kedutan Di Muka Dengan Cepat Dan Berkesan

Rahsia Kulit 'Flawless' dan 'Glowing' Secara Semulajadi

Kenali Simptom PCOS Dan Atasi Dengan Cara Semulajadi