Skip to main content

Kenali Simptom Pedih Ulu Hati Dan Cara Atasinya Dengan Berkesan

Assalamu'alaikum...hai


Pernah tak rasa tidak selesa lepas makan macam pedih ulu hati, sakit dada, kembung, mulut atau tekak rasa masam dan panas pada perut? Jika ada ini bermaksud anda mempunyai masalah kesihatan yang dipanggil GERD atau refluks gastroesophagel atau refluks asid.


GERD atau refluks asid merupakan masalah kesihatan yang berlaku apabila asid perut mengalir semula ke atas ke dalam esofagus. Aliran songsang ini membuatkan rasa tidak selesa dan menyebabkan pedih ulu hati.

Refluks Asid ialah apabila asid dalam perut mengalir balik ke dalam esofagus. Asid perut di dalam esofagus itulah dipanggil Refluks Asid.


Esofagitis pula masalah keradangan pada lapisan esofagus. Kebanyakkan kes disebabkan refluks asid yang mengganggu lapisan dalam esofagus. Ia boleh menerima jumlah asid tertentu dan ianya berbeza pada setiap orang.


Simptom GERD


Simptom GERD boleh menjejaskan rutin harian juga kualiti hidup seseorang.

1) Simptom utama ialah pedih ulu hati (heartburn). Akan rasa pedih dan tidak selesa pada bahagian perut dan akan merebak hingga ke bahagian bawah dada, seterusnya bahagian leher, tekak atu kerongkong. Rasa masam atau pahit dalam mulut dan tekak.

2) Rasa kembung

3) Susah untuk menelan dan rasa tercekik

4) Sendawa

5) Perut rasa sakit dan panas

6) Batuk yang berterusan terutamanya waktu malam

Jika dibiarkan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti
  • Pendarahan pada esofagus
  • Ulser
  • Striktur esofagus
  • Barret's esofagus yang boleh sebabkan kanser esofagus
  • Esofagus jadi sempit


Penyebab GERD


Ia berlaku disebabkan otot sfinkter yang terletak di antara esofagus dan perut tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Ia biasa terjadi tetapi kebanyakkannya faktor sebenar tidak diketahui.


Ia berkemungkinan disebabkan kelemahan otot yang menutup saluran esofagus atau dalam kes lain disebabkan tekanan dalam perut lebih tinggi daripada otot sfinkter.


Golongan Yang Berisiko


  • Perokok
  • Wanita Hamil
  • Mereka yang minum minuman alkohol
  • Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Mereka yang berusia 35-64 tahun.


Perkara Yang Perlu Dielakkan


1) Merokok - Bahan kimia dari rokok melemahkan otot sfinkter dan memudahkan terjadinya GERD

2) Makanan dan minuman - Bergantung kepada individu. Antara makanan yang boleh menyebabkan simptom pada sesetengah individu seperti peppermint, coklat, tomato, makanan pedas, kopi, minuman panas, minuman alkohol.

3) Sesetengah perubatan - boleh sebabkan GERD semakin teruk dimana ia mengganggu esofagus atau melemahkan otot-otot sfinkter. Dapatkan nasihat doktor jika ubatan yang anda ambil menjadikan simptom GERD semakin teruk.

4) Berat badan - berat badan berlebihan memberi tekanan kepada otot perut, menggalakkkan berlakunya GERD.

5) Postur badan - Duduk membongkok, baring sepanjang hari atau memakai tali pinggang terlalu ketat memberi tekanan tambahan pada perut.

6) Waktu makan - tidak ambil makanan 3 jam sebelum tidur dan minum 2 jam sebelum tidur.

Rawatan Yang Dicadangkan


1) Terapi Proton Pump Inhibator (PPI), berfungsi menghalang pam asid yang terdapat pada sel-sel di dinding perut daripada menghasilkan asid.

2)Antasid dan penyekat asid H2. Sesuai untuk melegakan pedih ulu hati yang tidak kerap. Tetapi tidak berkesan untuk rawatan GERD jangka panjang.

3) Pembedahan anti-refluks.


Vivix Membantu Masalah GERD


Vivix merupakan minuman botani yang mengandungi Polygomun Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya polifenol mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Kajian secara saintifik dan klinikal, vivix berupaya menyumbang kepada faedah-faedah berikut:

- Melindungi dan memperbaiki sel DNA
- Melambatkan proses penuaan
- Memanjangkan umur sel tubuh
- Meningkatkan imuniti badan
- Membantu kesihatan secara menyeluruh



Testimoni GERD Dan Vivix







Ia mungkin masalah kesihatan yang biasa-biasa

tetapi

jika dibiarkan boleh menjadi lebih serius seperti kanser.





Dapatkan VIVIX anda disini

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a6104a16f4c583147e53daee7fcb4550
http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1234730


Setiap pembelian akan disertakan dengan konsultasi eksklusif buat anda pelanggan saya.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Saya sedia membantu anda.



http://www.wasap.my/60123923099
https://www.facebook.com/iedanoor
https://www.facebook.com/notavitamin



Happy Sharing Happy Reading



http://mynotavita.blogspot.my/p/blog-page_25.html



Comments

Popular posts from this blog

Cara Menghilangkan Kedutan Di Muka Dengan Cepat Dan Berkesan

Kenali Simptom PCOS Dan Atasi Dengan Cara Semulajadi

Rahsia Kulit 'Flawless' dan 'Glowing' Secara Semulajadi